Wednesday, December 7, 2011

10 Sebab kenapa aku berhenti kerja

Hujung bulan ini merupakan tarikh keramat bagi aku... ya.. hari terakhir aku akan bekerja dengan bos aku yang telah aku kenal almost 7 years. Bagi aku 7 tahun tu merupakan suatu tempoh yang agak lama untuk aku bekerja di syarikat sdn bhd. Tapi kenapa aku berhenti? Meh sini aku senaraikan antara sebab-sebabnya...

1. Tempat keje jauh almost 25km sehala. Every month i have to spend almost rm450 for fuel, parking and tol. Dulu tak la jauh sangat tapi lepas kompeni pindah then aku pun pindah umah.. so aku rasa tak boleh blah la.. ngan status aku kini seorang ummi kepada baby bulat aku.. owh.. setiap hari hati ini meronta ronta nak balik cepat bertemu si cinonet itu (ashimishiummi).

2. Opis tak best. Pada hemat aku kalu dah lama kerja sepatutnya aku mesti dapat lihat perubahan atau pun kemajuan dari aspek hiasan dalaman opis. Tapi yang peliknya dari hari ke hari aku tengok opis aku nih dah macam kelas budak darjah satu ataupun tin sardin. Semak mata memandang. Dan selalu juga terjadi adegan berebut meja dan kerusi antara staf kerana bilangan kerusi meja yang tidak mencukupi. Kemudahan lagi jangan cakapla..tempat simpan air pun dah macam kene bom. Pantry takde. Surau takde. Tempat aku mengepam susu?? Jangan mimpi la...

3. Keje tak best. Walaupun aku baru naik pangkat awal tahun ni sebagai Project Manager, yang sepatutnya boleh membuat keputusan dan dihormati staf bawahan, namun sebaliknya berlaku. Tiada proper documentation dan work scope.. tup tup aku disuruh uruskan projek. Aku tak bebas bekerja. Bila aku buat keputusan bos marah. Bila aku tunggu bos, bos lagi marah. Ayat biasa aku dengar 'hey.. itu pun nak tunggu i bagitau ke???'. Bila i tegur my staff, bos cover baeeek mereka itu. I kene datang opis client kol 9am balik 6pm. My staf boleh datang dan pulang anytime. Suruh i keje di opis client tapi berkira bila aku nak claim. Aku mintak staff yang kompeten untuk assist keje aku, dia bagi ntah sapa-sapa sehinggakan aku pening kepala nak layan dia.. (eh aku ni project manager ke human manager???)

4. Opis politik. Aku pun tak tahu la. Bukan ke kita kene buat kerja based on our scope of work? Tapi kalu selalu kene tolong orang tu buat personal work dia.. macamana ek? Pastu orang tu pulak bukannya bos. Ntah sapa ntah. Pelik kerana dia dapat menggunakan office facilities dan manpower as and when required. Orang tu macam lebih sudu dari kuah plak.. More spoon than gravy??? eh..betul ke aku translate tu.. hahahhahaha. Tapi part yang best nye bila ngadu kat bos, bos boleh back up dia pulak...Emmm... Siapa dia tu sebenarnya eeeeeeek???

5. 'One man show'. Ni aku cite pasal bos aku la. Macam ada sorang member aku cakap bos sepatutnya tukar nama kompeni ni jadi 'nama bos sdn bhd'. Semua benda dia nak handle. Konon tak percaya kat orang lain la. Kengkadang aku pun risau tengok bos aku nih. Kalau la ditakdirkan bos aku ni KO apa nak jadi pada kompeni? Tak ada orang lain yang boleh tak over sbb kompeni ni namanya 'nama bos sdn bhd'.

6. Kompeni 'nama bos sdn bhd'. Yelah, nama pun nama dia. Jadi terpulang la kat dia nak sesuka hati potong gaji staf, disapprove claim staf, tukar term and condition pada employee handbook, nak increase and reduce notice of termination, nak buang dan ambil staf, nak suruh staff yang keje admin jadi programmer, nak suruh staff hr jadi project manager, nak suruh staf yang tak tahu nak create new folder kat email jadi c_ _ (opppssss terlebih sudah aku nieee...). Mesti bos aku cakap 'AKU KAN BOSSSSSSSSS'.. Emmm.. baik bos.

7. Bos bizi body. Sibuk je dia nak tahu pasal hubby montel aku tu. Aku tahulah bos hubby montel aku tu dulu bos dia gak. Ko dah buat taik kat bos hubby montel aku tu, itu ko punya pasal la. Apa pulak kaitannya dengan hubby montel aku tu? Mulut macam mulut makcik-makcik. Hai bos.. duit aku boleh carik.. tapi nak dapat hubby semontel hubby aku tu susah tau..tambah plak hubby montel aku tu dah bagi aku cinonet ashimishiummi yang bulat itu. Takkan ko jeles plak.

8. Bonus. Ngantuk pulak bila nak cakap pasal ni. Yelah.. aku ni orang lama maka bagi la lebih sikit. Huarrggggh.. malas la nak cerita... 'ITUKAN DUIT AKU'- memetik kata-kata owner 'nama bos sdn bhd'

9. BFFs sudah lari. Best friend -best friend aku di opis ini sorang-sorang lari. Yang tak sempat jadi best friend pun lari. Lari ala ala 4X100 meter ada, lintas desa ada, jogging ada... macam macam.. Yang sedang di garisan untuk memulakan larian pun ada.. yang sedang bertatih dan teragak-agak untuk lari pun ada...

10. Cinonet Ashimishiummi. Sebab ini la yang telah 'trigger' untuk aku memulakan larian. Plan asal nak amik emergency leave sbb cinonet sakit mata. Tapi aku ada meeting ngan client kol 10am. Maka aku suruh hubby montel jaga cinonet sekejap sementara aku pegi meeting. Malangnya client aku minta tunda ke pukul 12pm. Oklah.. aku tunggu je kat opis tu sampai kol 12pm. Tetiba mereka tukar lagi mintak postponed ke 2.30pm.. Errkk.. ok la aku pun tunggu lagi walaupun hubby montel aku dah cuak di rumah..Tunggu punya tunggu.. dah sampai kol 3.30 pun meeting tak dimulakan. Makanya aku pun memberitahu client aku yang aku kene pulang kerana anak sakit. Client aku kata OK dan beliau juga siap hantar email meminta maaf kerana terpaksa tukar waktu meeting banyak kali. Out of no where.. takde angin takde ribut.. bos bising marah saya kerana pulang awal.. then siap potong gaji saya. Saya dipotong gaji kerana pulang awal melihat anak yang sakit..Emm.. ok bos BABAI la... end of the story.