Wednesday, June 17, 2009

Masih ada sinar

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat jugak saya create blog saya sendiri. Ada beberapa sebab kenapa saya rasa saya perlu menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan. Antaranya banyak isu boleh dikongsi agar menjadi satu sumber rujukan atau bacaan ringan kepada rakan-rakan. Banyak isu-isu semasa yang dipaparkan di televisyen, radio dan surat khabar. Kadang-kadang terpanggil juga untuk memberi komen dan pendapat namun disebabkan kekangan masa dan tenaga, segala pendapat yang terlintas di kepala terbuang begitu sahaja tanpa dapat dikongsi atau dibincangkan bersama.

Saya suka mendengar radio sambil memandu. Dan antara rancangan yang sangat saya minati ialah Riuh Pagi Era kendalian Pak Nil dan Din Beramboi di radio Era. Saya sempat mendengar luahan perasaan seorang pendengar. Biar saya rumuskan permasalahan beliau.

Kita panggil beliau sebagai Dina (bukan nama sebenar). Dina baru sahaja kematian suami. Dalam usia yang masih muda dan merupakan ibu muda kepada seorang anak kecil, Dina seolah-olah hilang punca dan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Ini kerana Dina telah dipaksa oleh ahli keluarganya agar menikah dengan arwah suaminya semata-mata kerana ingin membebaskan beban yang ditanggung keluarganya memelihara keluarga yang besar. Sejak itu Dina tinggal bersama keluarga mentua yang langsung tidak menghargainya bahkan berterusan membanding-bandingkannya dengan menantu-menantu yang lain. Dina sering dihina kerana dikatakan seorang yang bodoh, lembab dan tidak berpelajaran.

Keadaan menjadi lebih buruk setelah suaminya meninggal. Dina dinafikan haknya sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Ibu mertuanya ingin merampas segala harta peninggalan arwah suaminya. Ibu mertuanya juga menghalau Dina keluar dari rumahnya tetapi tidak dibenarkan membawa anak kecilnya bersama. Dan Dina tidak sanggup untuk kembali ke rumah ibu bapa kandungnya kerana dia takut akan menjadi beban kepada keluarganya.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini:

1. Masih wujudkah sikap ibu mertua yang bersifat binatang? Sanggup merampas hak menantu serta cuba menafikan hak ibu terhadap anaknya?

2. Tidak ada sesiapakah di dalam keluarga mertuanya yang mempunyai sedikit sikap belas ehsan untuk membantu Dina? Mungkin Dina memang seorang yang tidak berpelajaran tetapi takkan semua ipar-iparnya juga tidak berpelajaran sehingga tidak boleh berfikir secara rasional?

3. Mengapa masih ada wanita yang tidak tahu akan hak mereka di muka bumi ini? Rata-rata wanita tidak mahu merebut kembali hak mereka semata-mata kerana tidak mahu dipanggil pengikis. Sedangkan sudah termaktub dalam undang-undang Islam hak isteri terhadap harta suaminya.

Bila difikirkan semula, kerana itu lah diwajibkan menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya bila kita berilmu kita boleh membebaskan diri kita daripada diperlukan seperti kerbau oleh manusia-manusia yang tidak layak dipanggil manusia.

Kepada Dina, cubalah untuk berdikari. Pergilah keluar untuk mencari kerja dan menyewa di rumah lain. Jika mentua ingin mengambil cucunya, biarkan mentua menjaganya sehingga hidup anda benar-benar sudah stabil. Ingat! anda adalah ibu kandung kepada anak anda. Kita mempunyai undang-undang yang pasti memihak kepada anda apabila anda ingin mengambil anak anda semula. Jadilah seorang wanita yang kuat dan pendamkan perasaan rindu terhadap anak anda ketika anda berjauhan. Dan sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan kehidupan yang lebih baik kepada anda di masa hadapan. Allah tidak akan merubah nasib kita melainkan kita berusaha untuk merubahnya.

Wassallam...

3 comments:

  1. huhhuhu..
    mari berdua agar mertua kiter baek2 belaka..=)

    ReplyDelete
  2. amboi akak marah nyer...hehehhe

    ReplyDelete
  3. hehehe.. sekadar suarakan pendapat. Moge jadik iktibar

    ReplyDelete