Bayi anda memerlukan susu UMMI?? Ada ke brand susu UMMI??
Susu UMMI aka susu ibu telah terbukti sebagai makanan yang lengkap untuk bayi anda. Saya memanggilnya susu UMMI kerana anak saya panggil saya Ummi... hehehhehehe
Untuk menghasilkan stok susu umi atau EBM (expressed breast milk) saya menggunakan pam berjenama Pur. Kak Long saya yang hadiahkan. So tak payah nak beli lagi. Saya pun tak tahu berapa harganya. Bagi saya, pam manual adalah lebih fleksibel dan mudah digunakan dimana-mana sahaja. Guna sebelah tangan sahaja untuk mengempam. Sangat mudah dan lebih ekonomi!

Kebiasaannya apabila berada di ofis saya mengepam tiga kali iaitu pada pukul 11.00am, 3.00pm dan 5.30pm. Setiap kali mengepam akan mengambil masa 10 minit. Secara purata setiap kali pam 5 oz susu dapat dihasilkan.
EBM ni sepatutnya disimpan di dalam peti ais. Memandangkan kompeni tak menyediakan peti ais maka saya telah mengambil inisiatif lain untuk menyimpan EBM. Terima kasih kepada mama Dragon yang telah menderma bekas/periuk ala ala termos ini. Hanya perlu letak air batu 30sen. Boleh tahan dari pagi sampai ke petang. Bila tiba masa untuk pulang, keluarkan botol-botol susu dari periuk tersebut dan pamerkan di hadapan screen komputer anda. Comel je tengok botol botol susu tu kan.. agak-agak boleh teka anak saya lelaki ke pompuan?

Beginilah rupa botol susu dan pengepam yang telah dimasukkan ke dalam beg strawberi itu. Bersedia untuk dibawa pulang.
Fesyen pulang dari opis sambil menjinjing beg strawberi (beg tidak kelihatan). Terima kasih kepada Putri kerana sudi car pool ngan saya. Sayang.. umi on the way balik bawak susu...tunggu... :-)
wahhhh..comelnye botol susu ummi...dan sliparrr pink itu???hahahahaa
ReplyDelete